Seperti mana semua orang sedia maklum pemandu kenderaan kereta sewa mahukan perjalanan yang selesa, selamat dan cepat. Namun, kerosakan ketika dalam perjalanan memang tidak dapat dielakkan. Walau Bagaimanapun, pemeriksaan yang sempurna dan berkala boleh membantu. Bagi memastikan kereta sewa yang kami sediakan terus berada dalam keadaan yang baik, beberapa perkara asas yang kami akan buat sebelum menyerahkan kereta sewa kepada pelanggan adalah seperti berikut;

1. Air bateri kereta PERLU diperiksa setiap masa melainkan menggunakan bateri kering. Takde air, alamat bateri kong dan kereta tak boleh dihidupkan. Maka.. perlu bantuan bateri dari kereta lain dan guna jumper untuk hidupkan enjin kereta anda.

2. Memastikan Paras minyak enjin atau minyak hitam mesti selalu pada paras selamat  supaya enjin tidak haus cepat dan mengelakkan kerosakan enjin.

3. Memeriksa angin tayar mencukupi atau tidak pancit. Jika perlu, Tayar akan dibuat  alignment dan buat rotation supaya tak haus sebelah je

4. Sentiasa memeriksa paras air dalam radiator. Jangan sampai kering nanti berasap enjin silap-silap boleh piston melekat




5. Lain-lain perkara jika perlu diperiksa ialah seperti Stereng Kereta, Spark plug , Bateri kereta , Timing belt , Clutch plat , Fuel Filter , Air Filter atau Filter Udara , Gear Oil , Brake Fluid dan Power Steering Fluid , Radiator Coolant , Air-Cond Belt/ Alternator Belt  dan Minyak gear

Sila hubungi kami melalui FB page kami atau untuk melihat harga kereta sewa terkini sila layariwww.keretasewamurah.com

 

 


Kereta Sewa dan Penjagaan
Facebook